Assalamualaikum...
Cepatnya masa berlalu... Dalam kita tak sedar... Ramadhan makin tiba di garisan penamat... Syawal sudah mengamit tiba... Mungkin sekarang ramai yang sibuk dalam mempersiapkan diri untuk menyambut syawal... HARI KEMENANGAN bagi umat ISLAM... Tapi.....
Ummi Wawa sendiri terfikir...adakah kita faham erti KEMENANGAN? Adakah kita MENANG dalam mempertahankan diri daripada lapar dan dahaga selama sebulan berpuasa? Adakah kita MENANG dalam mempertahankan diri daripada hawa nafsu semata-mata? KEMENANGAN yang ALLAH janjikan adalah KEMENANGAN bagi mereka yang bukan sahaja MENANG dalam menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu... malah KEMENANGAN kerana berjaya MENGHIDUPKAN bulan MULIA... Amal ibadat yang berganda, perubahan diri yang positif, sedekah dan amal jariah serta amalan-amalan yang WAJIB dan SUNAT bagi seoang mukmin... Letakkan kita pada satu tahap di mana KEMENANGAN kita? Layakkah kita MENANG dalam "pertandingan" ini???
Ya ALLAH.... Ummi Wawa sendiri terasa masih BELUM LAYAK digelar pemenang... masing terlompong sunat terawih...tidak sempat khatam Al-Quran sepanjang Ramadhan... Tidak penuh bangun untuk sujud Tahajud di waktu dinihari... Mampukah syawal yang bakal menjelang ini Ummi Wawa raikan dengan penuh keriangan dan keseronokkan? Sayu rasa hati kerana meraikan HARI KEMENANGAN sedangkan Ummi Wawa tahu Ummi Wawa sudah tewas awal....
Buat semua sahabat...renungkan kembali sepanjang Ramadhan yang berlalu... apa yang kita lalui dan kecapi sama tak dengan apa yang kita raikan.... Semoga Syawal yang bakal menjelang tiba memberi kita 1001 makna KEMENANGAN...
Salam Syawal... Ampun & Maaf andai Ummi Wawa menguriskan hati... Halalkan makan & minum...
Wassalam...
Ummi Wawa
No comments:
Post a Comment