Monday, July 2, 2012

Kasihan Si Kecil Itu...

Assalamualaikum...

Saban hari di dada-dada akhbar, di kaca TV serta di corong radio...kedengaran pelbagai berita sensasi tentang anak-anak kecil... Baik dari kes buang anak, penderaan, pembunuhan, penculikan serta yang semakin hangat di pasaran kes "mati tersedak susu" - baik di rumah mahupun di panti asuhan...

Ya ALLAH...sebak dada Ummi Wawa membaca dari sehari ke sehari... Kes buang anak ni sampai dah tak tahu macam mana nak membendung... Tergamak buang si kecil dalam tong sampah, toilet...malah yang lebih tragis...bila digigit anjing dan semut... Ummi Wawa kadang-kadang terfikir..kenapa tergamak mereka buang si kecil itu??? Pandai buat pandai tanggung! Tapi, yang menanggung "kesalahan" mak dan ayah adalah si kecil itu... Dibuang, dicampak, dihanyutkan, dan ditanam... Isk..isk...zalim betul kan...

Itu tak termasuk kes penderaan, penculikan dan pembunuhan.. Dah berapa ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan seperti ini... Dah berapa ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa penculikan tetapi sampai sekarang masih belum ditemui... Dijual, dibunuh or dijadikan tebusan? Ya ALLAH... selamatkanlah si kecil ini... Mereka langsung tidak bersalah... Temukanlah kembali si kecil ini dengan keluarganya... Mesti ibu dan ayah mereka merindui kehadiran mereka semula... Ummi Wawa yang tak jumpa anak-anak buah Ummi Wawa sebulan pun dah bergunung-gunung rindu... Inikan pula ibu dan ayah yang melahirkan dan membesarkan si kecil ini...

Lagi satu kes yang Ummi Wawa rasakan perlu diberi perhatian oleh para Ibu serta Bapa...malah turut perlu dititikberatkan oleh pengasuh-pengasuh di rumah asuhan... Tentang TERSEDAK SUSU... Banyak sangat kes nie diperkatakan...dari satu ke satu kes... Punca-punca bayi Tersedak Susu adalah:

  • Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.  
  • lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 
  •  Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

Jadi, sebagai Ibu Bapa serta pengasuh kepada si kecil ni... TOLONG la ALERT sikit bab-bab nie... Try google ke yahoo ke cari cara rawatan kecemasan bila si kecil dah tersedak susu... Ummi Wawa merayu sangat nie... Tolong ye... KASIHAN SI KECIL ITU...

Akhir kalam, Ummi Wawa menyeru kepada semua... baik yang bujang, isteri orang, ibu orang mahupun sesiapa jua... Mari kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat SI KECIL ini... Mereka yang nak mendoakan kita sewaktu kita tiada... Renung, pandang dan dakap la mereka dengan penuh kasih sayang... Fikirlah tentang diri mereka... Fikirlah tentang masa depan mereka.. Jaga mereka sebaiknya...

Wassalam...

With Love,
Ummi Wawa

No comments:

Post a Comment